Kehadiran orang ketiga, masalah kewangan serta tiada persefahaman sering menjadi punca putusnya hubungan percintaan.
Namun, baru-baru ini tular satu kisah pasangan kekasih yang membatalkan hasrat mereka untuk bernikah gara-gara bakal pengantin lelaki didakwa menghidap penyakit HIV.

gambar hiasan
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang individu di Facebook yang mendakwa dia bekerja di sebuah hospital.
Hati-hati dengan seks bebas ni. Kat hospital aku, budak lagi umur 22 tahun dan positif HIV. Nak kahwin, datang dengan bakal bini buat saringan.
Sekali mamat ni sangkut positif. Bakal bini perang besar dekat hospital masa tu.
Dia turut mendakwa ramai lelaki muda disahkan positif HIV namun dilihat tidak menyesal kerana masih dapat menjalani kehidupan dengan sihat.
Tahun ini saja dah 17 kes baru positif HIV. Budak-budak muda dan bekerjaya ni.
Bangga ke tanggung sakit tu sampai mati? Semua lari tak sudi nak bela, nak jaga, apa lagi nak kahwin.

gambar hiasan
Dia turut memberitahu bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai kesedaran kerana tidak pernah melihat betapa banyaknya pesakit HIV yang terlantar di hospital.
Semua tak ada penyesalan langsung sebab masih sihat dan kuat. Tunggulah bila dah stage 4-5, jalan pun terhuyung hayang berkudis satu badan semua takut nak duduk sebelah.
Kebanyakan orang kita tak ada kesedaran sebab tak tengok sendiri kat hospital betapa banyaknya pesakit hiv terlantar, bukan sebab dadah tapi sebab seks bebas.
Sebelum ini, Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr. Zaiton Yahaya mendedahkan kebanyakan mereka yang berusia 20 hingga 29 tahun antara 44 peratus golongan yang dikesan mendapat jangkitan HIV.
Malah, ada juga doktor yang mendedahkan remaja zaman kini kebanyakannya sudah terdedah kepada masalah penyakit kelamin.