January 19th, 2017

Buat peminat fanatik Rozita Che Wan dan keluarganya, nampaknya anda semua bakal menyaksikan kehidupan seharian mereka apabila Che Ta sekeluarga bakal muncul dalam program realiti The House musim ketiga.

Mungkin ada yang akan menganggap Che Ta menjaja kisah peribadinya kepada umum, beliau bagaimanapun enggan ambil pusing dengan kritikan ramai.

Menurut Che Ta, antara salah satu faktor beliau menerima tawaran untuk menjadi selebriti pilihan didalam program realiti berkenaan adalah kerana bayarannya.

Tiada siapa dalam dunia ini yang sanggup buat kerja secara percuma. Selain sesuai dengan jadual kami anak-beranak dan skripnya yang baik, soal bayaran juga menjadi keutamaan. Bagi saya, ia lebih baik daripada kita tunjuk kehidupan peribadi di laman sosial, tetapi tak dapat apa-apa bayaran. Orang nak kata apa pun saya tak kisah. Selama ini pun, apa saja yang kita buat, orang tetap mengata juga.

Apa yang akan disaksikan nanti hanyalah 40 peratus daripada kehidupan kami sekeluarga. Sebanyak 60 peratus lagi masih saya simpan.

Kami rasa ramai juga tidak sabar untuk melihat kehidupan seharian Che Ta bukan? Iyalah, beliau sekeluarga sering tampil agak glamor.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...