Menurut Ipoh Echo, Datuk Bandar daerah Ipoh, Perak, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan bahawa mereka akan membangunkan aplikasi penstriman televisyen digital, sama seperti konsep Netflix.
Ujar Rumaizi, idea tersebut akan direalisasikan melalui kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan sebuah syarikat di bawah kelolaan Datuk Afdlin Shauki.
Difahamkan, konsep itu bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Kami menyasarkan untuk melonjakkan industri kreatif ini di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu. Pada pandangan saya, saya mahu mencipta sesuatu seperti Netflix.
Ia akan menjadi format TV digital kerana ini adalah masa depan untuk industri, dan kami bekerjasama dengan syarikat Afdlin Shauki.
Jelasnya lagi, Ipoh yang diiktiraf sebagai UNESCO Creative City of Music (UCCN) bakal membangunkan tujuh bahagian dalam aplikasi itu dan salah satunya untuk penjualan barangan.
Majlis Bandaraya Ipoh Akan Mempunyai Platform Penstriman Video Sendiri https://t.co/A3yGS16Gbu pic.twitter.com/QROgLiIjLm
— Amanz (@amanz) April 28, 2024
Manakala caj yang dikenakan kepada pelanggan adalah berdasarkan jenis kandungan yang ditonton.
Sebagai contoh seperti Astro, anda membayar yuran bulanan. Tetapi konsep yang ingin kami perkenalkan ialah, contohnya, membayar RM1 untuk satu filem.
Bagaimanapun, konsep itu masih dalam perbincangan termasuk filem yang akan diketengahkan. Mari kita mulakan dahulu, saya sentiasa membayangkan Ipoh akan menjadi seperti Bollywood, memandangkan industri kreatif yang berkembang pesat di sana.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.