Selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie berharap agar peminat akan terus menyokong kerjaya seninya meskipun sudah bernikah kelak.
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah,24, berkata dia percaya rezeki merupakan milik Allah dan yakin dengan keputusan untuk mendirikan rumah tangga sudah tertulis buat dirinya.
Dia yang bertunang dengan gadis pilihan hati, Tasha Awie pada 2 Januari lalu memberitahu majlis pertunangan itu dilakukan mengikut SOP ketat, bertempat di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
“Soal jodoh, ajal dan maut semua di atas ketentuan ilahi. Saya bersyukur rezeki (kahwin) saya datang awal tapi janganlah berhenti daripada menyokong saya. Saya sayang semua peminat saya dan berharap mereka sentiasa sokong apa saya buat selepas ini.”
Ketika ditanya mengenai majlis perkahwinan, Ayie menjelaskan bahawa masih tiada tarikh tetap diputuskan oleh kedua-dua belah pihak tetapi bakal diadakan pada tahun ini juga.
View this post on Instagram
Menjelaskan bahawa sudah hampir 50 peratus persiapan sudah disediakan, Ayie turut mendedahkan bahawa dia akan menulis sebuah lagu romantis untuk bakal isteri yang mungkin akan dimainkan di majlis resepsi mereka nanti. Tahniah diucapkan buat pasangan ini!