Bakal Menantu Berhijab & Tak Ada Media Sosial, Rozita Che Wan ‘Puas Hati’ Pemilihan Isteri Anak Sulung

Hiburan

Bakal Menantu Berhijab & Tak Ada Media Sosial, Rozita Che Wan ‘Puas Hati’ Pemilihan Isteri Anak Sulung

Pelakon Rozita Che Wan memaklumkan dia bakal menerima menantu pertama apabila anak sulungnya, Ammar Effendy sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan.

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta turut meluahkan rasa puas hati mengenai pemilihan isteri anak sulungnya itu kerana baginya, wanita berusia 20-an itu tidak ‘dahagakan’ perhatian.

Advertisement

Ujar Che Ta, wanita itu selain berhijab, turut tidak mempunyai akaun media sosial seperti kebanyakan orang.

Saya memang teruja nak merisik bakal menantu untuk anak sulung pada minggu depan. Setakat ni, kami baru nak beli cincin tanda untuk si dia.

Tambahnya, dia sebenarnya tidak kisah mengenai siapakah wanita yang bakal menjadi bakal menantunya dan berdoa agar anak-anaknya itu dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan berbahagia. Apabila dapat yang berhijab lebih mudahlah dan lagi satu dai bukan jenis main media sosial.

Meskipun hanya pernah bertemu dua kali dengan  bakal menantu, Che Ta memberi pujian kepada keluarga wanita itu yang dianggap baik dan alim.

Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke tanah air bahkan baru-baru ini Ammar ada bermain golf dengan bakal mentuanya.

Sementara itu, Che Ta juga memberi bayangan bahawa majlis perkahwinan Ammar bersama wanita pilihannya bakal berlangsung dalam tempoh setahun lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz join tabligh di singapura
5 months ago

"Semoga Pengakhirannya Menjadi Lebih Baik" - Aliff Aziz Dirakam Sertai Tabligh Di Singapura, Ustaz Titip Doa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...