Pasangan duet popular, Syamel dan Ernie khabarnya sedang merancang untuk melancarkan single duet mereka tidak lama sahaja lagi.
Pasangan ini yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan berharap agar segala urusan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Memberi gambaran lagu duet tersebut bakal ke udara dalam tahun ini, Ernie mengatakan bahawa single tersebut mempunyai perbezaan dari segi susunan muzik yang lebih segar dan baru.
View this post on Instagram
“Apa yang boleh kami katakan, single duet kami kali ini lebih fresh berbanding sebelum ini, muziknya pula sedikit baru. Dari segi mesej dan konsepnya juga agak berlainan kerana baik liriknya tidak begitu sedih.”
Syamel yang turut ditemui menjelaskan bahawa ianya akan dilancarkan selepas mereka berkahwin kerana mahu menyelesaikan perkara-perkara penting terlebih dahulu.
“Kami mahu selesaikan perkara yang patut dahulu, mungkin single itu akan dilancarkan selepas kahwin nanti.” ujar Syamel.
View this post on Instagram
Terdahulu, Ernie dan Syamel mengumumkan akan bernikah dalam masa terdekat pada tahun ini namun tertunda beberapa kali gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.