Pernah meluakan hasrat untuk mencuba nasib sebagai penyanyi di luar negara kerana orang Malaysia tidak menghargai bakatnya, impian Datuk Seri Aliff Syukri itu akhirnya tercapai apabila beliau dan Nur Sajat baru-baru ini berangkat ke Indonesia untuk menghasilkan lagu terbaru mereka.
Merasa seronok kerana bakal melancarkan lagu terbarunya tidak lama lagi, Aliff menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi video ketika sesi rakaman lagu tersebut diadakan.
Terdahulu, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila muncul dengan lagu Abang Nak Tegur yang juga hasil duet bersama Nur Sajat. Muzik video tersebut mendapat rekod yang agak buruk kerana mempunyai jumlah ‘dislike’ yang banyak di YouTube.