Heboh di media sosial hari ini apabila ada khabar yang agak mengejutkan tentang pelakon cantik dan manis, Ardell Aryana yang kini dikatakan menghidap penyakit kanser tahap 3. Berita itu mula diketahui netizen selepas rakan karibnya Nadzmi Adhwa memaklumkan perkara tersebut ketika membuat Instagram Live petang semalam.
Malah, Nadzmi turut memuat naik status khas ditujukan buat Ardell. Beliau berdoa agar teman rapatnya itu kekal tabah dengan segala ujian yang dihadapi selain memberikan komen tentang kesihatan Ardell yang bakal menjalani rawatan terapi nanti.
Muat naik terakhir Ardell di akaun Instagramnya juga turut menimbulkan tanda-tanya. Ardell ibarat sedang mencari kekuatan untuk menerima sebuah kenyataan yang agak pahit dan tidak dijangkakan.
Rata-rata netizen tidak putus memberikan kata-kata semangat buat Ardell dan ada yang mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan.
Sehingga kini, Ardell dan Nadzmi belum memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai berita ini. Apa-apa pun, kami tetap berharap dan berdoa agar beliau tidak berputus asa dan kekal kuat menghadapi dugaan ini.

cik bawang
September 27, 2018 at 5:10 pm
inject putih byk sgt pun ye ni..
no one
July 2, 2018 at 12:47 pm
bersyukurla..at least allah dh bg die hint and die smpat buat preparation..kita?? lau die tutup aurat tiba2 pon, dh mmg patotla..bkan nye dh sakit pon xsdar2 diri.. allah akn sentiasa ampunkan umatnye slagi kite betol2 bertaubat..
Anonymous
July 2, 2018 at 8:39 am
Alhamdulillah..Allah sayang dia sebab tu Allah hantar ujian mcm ni..dan dia jaga penuh aurat dia selepas terima ujian sakit…beruntung..sangat beruntung..