Menerusi TikTok, pempengaruh dikenali sebagai Mira Kuku berseloroh mengatakan adiknya, Afiq Rosli masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, Mira menjawab persoalan netizen tentang adiknya yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Qistina Raisah.
Berdasarkan potongan klip daripada siaran langsung, Mira dengan nada bergurau berkata pada pendapatnya Afiq belum mencapai tahap kematangan seorang lelaki.
Bakal kakak ipar Qistina? Budak dua orang itu, seluar dalam pun ibu bapa yang belikan lagi. Afiq dia tu hidup dalam dunia khayalan. Kalau boleh tahun ini dia nak kahwin.
Mira juga berseloroh meminta agar netizen menghentam adiknya dengan menulis komen negatif sebagai salah satu cara untuk menyedarkan Afiq.
Biar dia sedar, sebab dia pun sudah rasa diri dia terkenal.
@fl00wer1527 🤣 #mirakuku #mira #fypage #fypシ゚ #fypp ♬ original sound – fl0Ower
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.