Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam mencuri perhatian selepas memuat naik foto bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman, di media sosial dengan kapsyen yang seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangga mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Rebecca mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana 18 tahun mencipta memori bersama, namun menyebut bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
Assalammualaikum, 18 tahun kami bersama, semoga awak sentiasa sihat. Terima kasih untuk 18 tahun memori bersama. Kita dah cuba yang terbaik, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang
Perkongsian itu sekali gus menimbulkan tanda tanya netizen mengenai status rumah tangganya, lebih-lebih lagi apabila profil media sosialnya kini tertulis sebagai ibu tunggal kepada tujuh orang anak.
Bagaimanapun ketika dihubungi Gempak, Rebecca meminta ruang untuk tidak memberi sebarang kenyataan buat masa ini.
“Bagi saya ruang sekejap ya. Saya hargai. Terima kasih,” katanya ringkas.
Sekadar info, Rebecca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: “Sebagai Makcik, Saya…” – Datuk Ella Respon Isu Rumah Tangga Kaka Azraff, Anggap Dah Matang