Sedia maklum, pelakon jelita, Anna Jobling bakal membawa watak duyung dalam naskhah terbaru berjudul Duyung Lagenda Aurora terbitan KRU Studios, 8 Bit Studio dan Primeworks Studios.
Bimbang dibandingkan dengan Maya Karin
Difahamkan, filem ini akan diarahkan oleh Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan ini merupakan sekuel untuk filem Duyung terbitan tahun 2008.
Sewaktu pihak media menemubual Anna, dia mengakui berasa bimbang jika dibandingkan dengan pelakon asal iaitu Maya Karin yang sebelum ini memegang watak duyung tetapi Anna tetap akan terbuka menerima kritikan dari semua pihak.
View this post on Instagram
Pernah mewakili Selangor dalam sukan renang
Saya terbuka dengan saranan. Jika ia memberi kebaikan, saya terima dengan hati yang terbuka tetapi jika ia sekadar mengecam, saya akan abaikan.
Dedah aktres itu, sewaktu dirinya masih dibangku sekolah, dia pernah mewakili Selangor dalam acara renang dan kini, dia boleh menggunakan kemahiran untuk merealisasikan watak duyung bernama Aurora.
Sekadar info, filem Duyung Lagenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024.