Dalam diam tak diam, pelakon yang mula terkenal melalui filem Ola Bola, Luqman Hafidz,30, memberitahu bahawa dia bakal menimang cahaya mata pertama pada bulan Februari depan.
Akui tidak sabar dan gementar, Luqman telah berkongsikan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnnya baru-baru ini.
Dalam entri tersebut, dia turut memuat naik foto bersama isteri tersayang yang dikenali sebagai Nurul Atiqah yang kini sedang sarat hamil hampir sembilan bulan.
View this post on Instagram
“Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini InsyaAllah. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan keluarga lepas pengumuman esok (sebentar tadi). Amin”
Peminat yang mengikuti perkembangan pelakon itu dilihat telah tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Sekadar info, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada tanggal 20 Mac tahun lalu ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan majlis tersebut telah diakan secara tertutup dan hanya dihadiri 10 orang tetamu.