Bakal Isteri Bukan Dari Golongan Selebriti – Fahrin Ahmad

Hiburan

Bakal Isteri Bukan Dari Golongan Selebriti – Fahrin Ahmad

Ramai yang tertanya-tanya identiti bakal isteri Fahrin Ahmad yang akan dinikahi pada Sabtu ini. Ada juga yang meneka wanita bertuah itu ialah Izreen Azminda kerana kelibat mereka dilihat bersama di dalam satu kenduri kesyukuran baru-baru ini. Namun ternyata tekaan tersebut salah 100%. Fahrin telah menjelaskan yang bakal isterinya bukan dari golongan selebriti, sebaliknya hanyalah wanita biasa.

fahrin ahmad

Advertisement

Nampaknya identiti si gadis bertuah itu hanya akan diketahui pada majlis pernikahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Kata Fahrin Ahmad:-

Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu. Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti.

Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini. Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya

fahrin ahmad

Ramai gadis-gadis di luar sana yang melahirkan rasa sedih mendengar berita pernikahan Fahrin Ahmad ini. Apa pun, Abang Nara respek Fahrin kerana berjaya menyorokkan percintaannya sehingga tidak dapat dihidu oleh media. Tup-tup nak nikah dah. Memang power rangers. Tahniah Fahrin. Tak sabar nak tengok wajah bakal isteri anda Sabtu ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...