Bakal Gubal Undang-Undang Baru Haramkan Vape

Trending

Bakal Gubal Undang-Undang Baru Haramkan Vape

Rasanya ramai dah tahu merokok telah diharamkan mengikut Majlis Fatwa Negara akibat kesan-kesan negatif yang bakal dihidapi oleh para perokok terutamanya yang tegar.

Advertisement

Dan baru-baru ini pula, pihak kerajaan telah mengeluarkan undang-undang baru untuk mengharamkan aktiviti merokok di semua restoran dan tempat makan sama ada yang tertutup dan terbuka.

Jadi, dengan itu, ramai yang beralih daripada rokok nikotin ini kepada rokok elektronik ataupun vape yang kononnya lebih selamat untuk diambil. Tetapi masih tak pasti sama ada betul atau tidak vaping ini langsung tidak memberi kesan kepada para pengguna.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan dalam proses merangka satu undang-undang untuk mengawal kegiatan merokok tembakau dan penggunaan rokok elektronik (vaping).

Kerajaan sukar untuk mengharamkan vaping kerana setakat ini, tiada undang-undang mengenai kegiatan terbabit terutama bagi vape yang tidak mengandungi nikotin.

Jadi oleh disebabkan itu, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk mengharamkan vaping pada masa akan datang.

“Sekiranya ada bukti mengenai kebaikan rokok elektronik bagi mendorong perokok tegar untuk berhenti merokok, ia hanya boleh dipreskripsi oleh doktor saja.”

Negara memerlukan lebih ramai ahli urologi kerana jumlahnya masih tidak mencukupi. Negara ini hanya mempunyai seramai 114 pakar urologi dan kita masih memerlukan lebih 1,000 pakar lagi.

Lebih banyak kempen kesedaran perlu diadakan mengenai pelbagai penyakit kesan urologi seperti kanser prostat, batu karang dan kanser paru-paru.

Orang ramai juga turut mendesak kerajaan turut mengharamkan sisha dan vape di tempat awam termasuk restoran terbuka dan gerai tepi jalan. Tidak hanya terhad kepada larangan merokok sahaja.

Asap vape dan sisha juga mengganggu keselesaan orang lain yang berada disekitar.

Bahan utama dalam e-rokok atau vapor ini ialah stabilizing agent, juga dikenali sebagai propylene glycol atau glycerol.

Bahan kimia ini akan mengeluarkan wap atau vaporized melalui penggunaan alat elektronik yang dikenali sebagai cartridge. Wap ini boleh membawa nikotin atau bahan perasa lain.

Oleh kerana e-rokok ini tidak menghasilkan pembakaran atau penghasilan bahan tar seperti rokok biasa, ini menyebabkan pihak orang awam merasakan e-rokok selamat dan digunakan sebagai alternatif kepada rawatan ketagihan rokok.

Namun begitu, analisis daripada wap e-rokok ini menunjukkan banyak bahan lain yang mempunyai potensi sebagai racun atau carcinogenic.

pendedahan berpanjangan kepada nikotin akan memberi kesan kepada psikologi seperti mampu mengubah mood, memberi kesan perangsang (stimulant) dan penenang.

Jadi terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat pilihan agar tidak memudaratkan diri. Diharap pihak kerajaan dapat membuat keputusan yang terbaik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...