Bakal Dirindui Penonton, Ini 6 Karya Terbaik Adibah Noor

Hiburan

Bakal Dirindui Penonton, Ini 6 Karya Terbaik Adibah Noor

Baru-baru ini industri hiburan digemparkan dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon berbakat, Adibah Noor yang bukan sahaja mengejutkan rakan-rakan selebriti malah seluruh rakyat Malaysia.

Untuk maklumat, Adibah Noor telah menghembuskan nafasnya terakhir pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles akibat kanser ovari tahap empat.

Advertisement

Tidak dinafikan, pemergian Allahyarhamah ibarat seperti hilangnya permata tanah air dek kerana bakat serba bolehnya yang dapat dilihat menerusi karya-karyanya.

Jom kita imbau kembali karya-karya terbaik Adibah Noor yang bakal dikenang dan dirindui oleh penonton.

1.Sepet (2005)

Sepet ialah sebuah filem romantik komedi yang diiarah oleh Yasmin Ahmad. Sepet mengisahkan percintaan antara seorang pemuda berbangsa Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Dalam filem ini, Adibah Noor telah melakonkan watak sebagai Kak Yam.

2. Mukhsin (2006)

Mukhsin merupakan filem keempat dari pengarah Yasmin Ahmad yang mengisahkan tentang keluarga Orked, Pak Atan dan Mak Inom sebelum filem Sepet. Malah, filem ini lebih berkisar tentang  tentang rasa cinta pertama yang timbul di antara Orked dan Mukhsin. Dalam filem ini, Adibah Noor turut melakonkan watak sebagai Kak Yam iaitu merupakan pembantu rumah kepada keluarga Orked.

3. Talentime (2009)

Filem Talentime memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar kebudayaan seumpamanya, di samping juga diselitkan tema pertandingan bakat di sekolah menengah. Dalam filem ini Adibah Noor telah memegang watak sebagai Cikgu Adibah iaitu merupakan Pengetua sekolah yang mengetuai penganjuran Talentime.

4. Magika (2010)

Filem Magika mengisahkan tentang dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama. Dalam filem ini, Adibah Noor telah melakonkan watak sebagai Makcik Halia.

5. Hoore! Hoore! (2012)

Untuk pengetahuan, filem Hoore! Hoore! ini diterbitkan bagi memberi penghargaan kepada Penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad atas sumbangannya kepada industri muzik Malaysia.

Malah, tajuk filem ini diambil daripada tajuk lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad dengan judul sama. Dalam filem ini Adibah Noor telah melakonkan watak sebagai Lia iaitu ibu kepada watak utama, Nurul Aiman yang bertubuh gempal namun bercita-cita untuk menyertai pertandingan Ratu Impian.

6. Kampung People 2 (2020)

Kampung People 2 ialah sebuah siri drama televisyen yang merupakan sambungan tentang kisah kehidupan Razif dan keluarganya yang merupakan orang bandar namun terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Dalam siri ini, Adibah Noor telah melakonkan watak sebagai Dona yang merupakan ibu kepada Mona.

Jom sama-sama saksikan kembali semua karya-karya Allahyarhamah Adibah Noor yang penuh dengan mesej yang mendalam agar menjadi ingatan para penonton selalu. Al-fatihah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Filem Arahan Mamat Khalid
1 year lalu

Ini 5 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid Yang Wajib Ditonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Boom!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...