Bakal Diperkasa Aplikasi Teksi2Go, Wifi & Tablet Ciri Baharu Teksi

Trending

Bakal Diperkasa Aplikasi Teksi2Go, Wifi & Tablet Ciri Baharu Teksi

Pemandu teksi boleh menarik nafas lega selepas mereka juga bakal diperkasa applikasi pintar, Teksi2Go yang menjanjikan perkhidmatan berpakej yang lebih baik menerusi sistem yang lebih efektif dan selamat.

Advertisement


Bagaimanapun, applikasi yang dibina oleh seorang saintis India, Varad Kumaravelu dan bakal dikendalikan oleh Cab Auto Bus Sdn Bhd hanya ditawarkan kepada pemandu berdaftar dengan rekod yang baik.

Pengerusi Eksekutif Cab Auto, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata aplikasi berkenaan memuatkan aspek keselamatan selain mudah dan selari dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

“Tambang teksi akan kekal sama, kami akan ambil komisen lima puluh sen bagi setiap perjalanan. Ia bakal menawarkan pakej yang berbeza mengikut kehendak seperti untuk kanak-kanak sekolah, kakitangan pejabat dan pelancong pada harga promosi.

“Pengurusan pejabat dan kakitangan awam boleh menggunakan perkhidmatan ini. Kami akan menghantar invois terus ke pejabat, jika mereka mahu.

“Semua ini akan memudahkan kerja-kerja jabatan HR,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara syarikat itu dengan persatuan teksi.

Aplikasi itu juga boleh digunakan untuk perjalanan secara solo atau berkongsi dalam kalangan kakitangan pejabat dan kanak-kanak sekolah.

“Setiap teksi akan dilengkapi dengan sistem wifi dan tablet sembilan inci. Ia akan merekod sebarang bunyi yang kuat dalam mana-mana bahasa yang dibuat oleh penumpang. Ia akan dihantar ke pusat panggilan kami untuk disiasat jika perlu.

Tablet tersebut akan ditempatkan di bahagian kiri wisor matahari memaparkan tempat-tempat menarik untuk dilawat, makan dan kejadian yang sedang berlaku di sekitar kawasan perjalanan penumpang.

Cab Auto juga menyasarkan untuk menjana wang menerusi pengiklanan yang dipaparkan pada tablet sekali gus menjadikan ia aplikasi baharu yang lebih menarik daripada Grab dan Uber.

Uber dilancarkan pada Oktober 2013 manakala Grab telah dilancarkan pada Mei 2014 sebagai alternatif pengangkutan awam dengan mengupah pemilik kereta persendirian yang mengambil potongan 20 peratus untuk menggunakan perkhidmatan.

Sejak penggunaan kedua-dua aplikasi itu, pemandu teksi mengadu keuntungan mereka menjunam jatuh walaupun bekerja lebih masa untuk mendapatkan pelanggan. Terdapat 37,000 pemandu teksi berlesen di Lembah Klang.

Tengku Hasmadi juga menambah, pemandu teksi akan memiliki sepuluh peratus ekuiti dalam syarikat itu.

Teksi2Go juga bakal mewujudkan yayasan untuk membantu keluarga pemandu teksi dalam kecemasan dan memberi bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Teksi2GO akan memulakan operasi di Lembah Klang pada 1 Ogos melibatkan 5,000 pemandu teksi berdaftar sebelum beralih ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Kuantan dan negara-negara Asean yang lain.

Syarikat itu telah melabur RM 1 juta setakat ini dalam usaha mereka bentuk aplikasi yang mengambil masa satu setengah tahun itu.

Ditanya tentang perancangan jangka panjang, Tengku Hasmadi berkata pihaknya menyasarkan untuk membuka perniagaan di Indonesia sebelum berpindah ke negara-negara Asean yang lain dalam tempoh masa dua tahun akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...