Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

Bakal Diganti Dengan DidikTV, Sarimah Ibrahim Ucap Selamat Tinggal Buat NTV7

Selepas dua dekad bersiaran, saluran televisyen NTV7 akan digantikan dengan saluran khas televisyen pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula 17 Februari 2021. Difahamkan, saluran DidikTV KPM ini merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan pelajar mendapat akses percuma ilmu pengetahuan seperti di sekolah.

Sebagai seorang pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saluran TV yang sinonim dengan slogan ‘I Feel Good’ ini. Kami percaya, orang ramai juga pasti akan merindukan saluran NTV7 ini kan?

Advertisement

Goodbye ntv7malaysia. I started my TV career here.. hosting the Launch Of NTV7 April 7th 1998… With Rosyam Nor and Hairie Othman.. Then on to hosting my own [email protected] Show, The RIM Chart shows…The TV series Maka Diciptannya Perempuan… Bella Talk Show…and so much more..The memories live on…. i still… Feel Good…… Tiara Jacquelina thank you all…

Menurut Sarimah, kariernya sebagai seorang pengacara televisyen bermula di NTV7. Pada 7 April 1998, dia bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman bertindak sebagai hos untuk pelancaran saluran ini. Selepas itu, dia berpeluang mengacarakan pelbagai lagi program menarik termasuklah [email protected], The RIM Chart, Bella Talk Show dan banyak lagi.

Di ruangan komen, peminatnya turut mengimbau kenangan menyaksikan Sarimah di kaca TV. Malah, ada yang mengaku mula belajar bahasa Inggeris daripada rancangan yang dikendalikannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. cLn

    February 17, 2021 at 12:50 pm

    Elok la..dulu memang NTV7 byk sgt rancangan kids yg menarik..skang jd siaran CJ WowShop je…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top