Terdahulu, berita mengenai pelakon Harris Anuar yang telah disahkan positif COVID-19 selepas bercuti di Pulau Langkawi telah menimbulkan perasaan bimbang buat pelakon Lufya Omar kerana dia pernah berada di lokasi yang sama pada penghujung Disember yang lalu.

Lufya atau nama sebenarnya Luthfyah Sheikh Omar berkata lagi, dia dan anaknya iaitu Laana Haura akan mengambil langkah inisiatif untuk melakukan ujian saringan demi kesihatan serta keselamatan mereka.
Dia menjelaskan bahawa keputusan untuk menjalani ujian saringan itu diambil kerana memikirkan ramai pengunjung di lokasi terkenal percutian itu dilihat telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Akui dirinya ‘menggelabah’ apabila mengetahui ramai yang dijangkiti COVID-19 selepas mengunjungi permata Kedah itu, Lufya berasa kesal apabila melihat ramai yang tidak menjaga penjarakan fizikal apabila berada di sana.
View this post on Instagram
“Ramai dah pergi swab test lepas balik Langkawi. Rasa-rasanya kena buat juga ni. Dah setahun kita terperuk kat rumah dengan pelbagai cabaran dalam hidup. Setahun sekali nak juga la bawa anak jalan holiday happy dan lapangkan fikiran. Masalah utamanya orang kita SOP tak jaga. Anak kita pun dipegangnya.”
Dia dilihat telah meluahkan kekecewaannya menerusi entri terbaru di Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam pada itu, Lufya turut memuat naik sebuah video memaparkan dia sedang bercuti di Pulau Langkawi bersama anak perempuannya.
View this post on Instagram
Lufya turut berpendapat bahawa rakyat kini leka kerana beranggapan bahawa vaksin bakal diterima tidak lama lagi lalu menjadikan sesetengah orang cuai dan leka dalam mengikuti SOP yang ditetapkan.
“Jaga jarak dan pakai mask. Ambil supplement vitamin c sentiasa untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Kita jaga kita bukan kita pentingkan diri kita ya.” – Lufya Omar

Selamah Samad
January 7, 2021 at 4:27 pm
Salah sendiri jangan pergi tibai orang pulak, yang penting sendiri kena bertanggungjawab.
Anonymous
January 7, 2021 at 9:42 am
da tau pandemic2 ni bawak jugak anak berjalan. berjalan jugak tu time peak season. pastu expect org x ramai? kalau semua kepala fikir cm ngko ni mmg la ramai gi berjalan tu. mende tah
Anonymous
January 7, 2021 at 9:05 am
Ko y bwk anak bercuti…pastu nk sound org lain…lawak plk dia ni…