Bakal Bina Masjid, Wawa Zainal Galak Dan Sokong Sepenuhnya Keputusan Aeril Zafrel – ” Ini Adalah Untuk Saham Akhirat Kami..”

Hiburan

Bakal Bina Masjid, Wawa Zainal Galak Dan Sokong Sepenuhnya Keputusan Aeril Zafrel – ” Ini Adalah Untuk Saham Akhirat Kami..”

Pelakon dan usahwan kosmetik, Wawa Zainal menyokong sepenuhnya keputusan suaminya, Aeril Zafrel tentang hasrat untuk membina masjid.

Namun, jangan salah sangka, membina masjid bukan bermaksud untuk bernikah lain, tetapi sebuah masjid bakal didirikan di kampung halaman Aeril yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Advertisement

Menurut Wawa, mereka berdua telah membeli sebuah lot tanah di kawasan tersebut dan pada mulanya ingin membina sebuah banglo. Namun, hasrat tersebut telah berubah apabila mendengar ceramah seorang ustaz.

View this post on Instagram

kalau tgh gaduh nak bebaik senang je ..tangkap gambar berdua .. mesti lepas tu baik terus? betul tak?

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal) on

“Kami telah membeli sebuah lot tanah dan Aeril berhasrat mahu membina sebuah rumah banglo. Namun begitu, saya memikirkan yang ada baiknya jika kami membina masjid. Idea ini datang selepas saya mendengar ceramah seorang ustaz,”

Menurutnya Wawa lagi, dia menyokong sepenuhnya keputusan itu kerana ianya boleh menjadi saham akhirat buat mereka berdua.

“Saya memberi galakan kepada Aeril membina masjid untuk saham akhirat kami. Akhirnya, keputusan telah dibuat dan kami membina masjid di sana,”

Bertanyakan mengenai perkembangan projek tersebut, Wawa menjelaskan bahawa mereka telah berbincang mengenai perkara itu dengan ketua kampung dan telah bersetuju untuk menghulurkan dana bagi urusan pembinaan masjid tersebut.

Kos pembinaan dikatakan dianggar menelan kos sebanyak RM1.2 juta dan masjid tersebut bakal memuatkan hampir 700 orang. Wang untuk membina masjid tersebut akan dikumpul menerusi keuntungan jualan koleksi terbaru Wawa Cosmetic iaitu Bukhari dan Muslim.

Wawa juga sempat menitipkan pesanan dan meminta peminat dan masyarakat di luar sana supaya mendoakan urusan mereka dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...