Bakal Bina ‘Bahtera Nabi Nuh Moden’, Elon Musk Nak Bawa 1 Juta Manusia Ke Marikh

Berita

Bakal Bina ‘Bahtera Nabi Nuh Moden’, Elon Musk Nak Bawa 1 Juta Manusia Ke Marikh

Elon Musk yang merupakan pengasas Tesla dan SpaceX baru-baru ini menyatakan hasratnya untuk membina 1,000 angkasa yang bakal menjadi pengangkutan manusia dan kehidupan lain ke Marikh, seperti laporan Gadgets Now.

Jelasnya, kehidupan di planet lain dapat membantu memulihkan ekosistem di Bumi sekaligus menyelamatkan manusia daripada segala musibah dan bencana yang berlaku di bumi.

Advertisement

Kata Elon Musk lagi, dia mengambil contoh cerita bahtera Nabi Nuh yang menyelamatkan manusia daripada banjir besar dan bagi model kapal angkasanya pula boleh dianggap sebagai ‘bahtera nabi nuh moden’ yang mampu menyelamatkan manusia daripada segala malapetaka.

Dilaporkan SpaceX kini dalam usaha membangunkan sebuah projek yang dinamakan StarShip yang akan membawa manusia dan kargo ke bulan, Marikh dan planet yang lain.

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kenderaan ‘bahtera nabi nuh moden’ itu sangat canggih dan moden selain berkata bahawa penempatan di Marikh dan penerokaan angkasa lepas bakal mengurangkan banyak kos berikutan peralatan yang digunakan boleh dikitar semula.

elon musk suruh pekerja kerja 40 jam
6 bulan lalu

"Kalau Tak Cukup Jam, Dianggap Berhenti!" - Tular Email Elon Musk Pada Staf, Suruh Kerja 40 Jam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gadgets Now

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...