Bakal Bertunang Selama Setahun : Aliff Aziz Sudah Rancang Majlis Kahwin Di 3 Lokasi Berbeza

Hiburan

Bakal Bertunang Selama Setahun : Aliff Aziz Sudah Rancang Majlis Kahwin Di 3 Lokasi Berbeza

Pernah digelar sebagai playboy dan mempunyai pelbagai macam kontroversi tetapi kini kehidupan Aliff Aziz sudah berubah. Malah beliau lebih mengenali erti tanggungjawab dan percintaan apabila bertemu dengan kekasih hatinya Bella Astillah.

Advertisement

Bakal bertunang kurang sebulan lagi, Aliff  akui beliau merasa teruja tetapi ada sedikit gementar menantikan majlis pertunangan beliau yang bertempat di Plaza Jelutong, Shah Alam, Selangor tanggal 12 Disember ini.

Saya sangat gembira dan teruja, tetapi dalam masa sama saya tetap berdebar. Sebab ini majlis pertama seumpamanya dalam hidup saya (ketawa). Insya-Allah, dalam perancangan kami ingin mengikat tali pertunangan untuk tempoh setahun.

Mengenai persiapan untuk majlis tersebut, Aliff berkata segalanya hampir siap sepenuhnya termasuklah dari segi lokasi, persiapan barang, pakaian dan yang berkaitan.  Penyanyi itu tidak mahu satu majlis yang begitu besar tetapi pada masa yang sama tetap meriah.

Mengikat tali pertunangan selama setahun, pasangan ini  sudah merancang untuk mengadakan tiga buah majlis resepsi perkahwinan mereka di lokasi yang berbeza.

Pertama, majlis pernikahan dan resepsi di Kuala Lumpur sebelum majlis kedua untuk meraikan keluarga dan sanak-saudara Bella yang tidak dapat hadir di Sandakan, Sabah. Kemudian, barulah majlis untuk keluarga Aliff pula diadakan di Singapura.

Semoga segala yang dirancang oleh Aliff Aziz dan Bella Astillah bagi majlis pertunangan mereka nanti berjalan dengan lancar. Itulah kata orang, manusia ini boleh berubah kalau mereka mahu bukan? Tidak semestinya bila dilabel sebagai playboy ia akan kekal selamanya.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...