July 13th, 2020

Bakal melahirkan anak kedua pada tengah Julai 2020, Bella Astillah mengakui telah redha apabila dijangka memasuk dewan bersalin tanpa kehadiran suami tersayang, Aliff Aziz.

Dia yang dijangka akan menimang cahaya mata perempuan berkata, apa yang menjadi keutamaan sekarang ini adalah proses bersalin itu berjalan lancar. Menurutnya lagi, walaupun sudah berbulan tidak berjumpa dek kerana pintu sempadan yang masih ditutup akibat pandemik COVID-19, Aliff Aziz tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.

View this post on Instagram

Counting days. Edd: 17/7 tp tu laa.. korang rasa bila eh? (Mulut itik ada di gambar last?) ? @aqoimran

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

“Aliff tanpa gagal menghubungi untuk bertanya khabar setiap hari mengenai saya dan anak, Ayden Adrean yang kini berusia 3 tahun,”

Ditemui BH Online, Bella berkata dia tidak sempat melayan perasaan disebabkan sibuk dengan kerja. Tambahnya, dia tidak bersendirian sama sekali kerana keluarganya sentiasa menemani. Menurutnya, perasaan sedih dan terkilan kerana terpaksa bersalin tanpa Aliff di sisi bukanlah isu ketika ini.

View this post on Instagram

No expectations, no disappointments. Nah mini love?

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

“Fokus saya hanya mahu proses bersalin berjalan lancar. Lagipun, saya sudah dewasa, tiada masa untuk terlalu banyak berfikir hal seperti ini. Sebaliknya saya hanya reda dan perlu bersabar dengan apa yang berlaku,”

Bella walau bagaimanapun tidak mengeluh sama sekali apabila pintu sempadan masih ditutup pada ketika ini. Menurutnya, itu adalah keputusan terbaik demi kebaikan bersama.Walaupun berada jauh dengan suami, Bella berkata Aliff tidak pernah melupakan tanggungjawab dan sentiasa berhubung setiap hari sama ada melalui panggilan suara atau video.

Bella Astillah dikhabarkan akan melahirkan anak kedua hasil perkahwinan semula setelah bercerai dengan Aliff Aziz pada 17 Julai ini.


4 responses to “Bakal Bersalin Sendirian Tanpa Suami Di Sisi, Bella Astillah Redha, – “Aliff Tak Pernah Lupa Tanggungjawab””

  1. Anonymous says:

    bella ni muka tak pakai makeup macam selipar. padan la aliff cari lain

  2. nana says:

    kalau setakat tepon hari2 tu bukan tanggungjawab. tu pangkat pakwe pun boleh buat. bg la duit untuk persiapan baby baru la tayang kt socmed. sedih la hidup bimbo ni

  3. hakak says:

    takde citer lain ke.. bosan dgn citer pompuan ni..

Leave a Reply to hakak Cancel reply

Loading...