Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bakal Bernikah Tahun Hadapan, Adam Shahz Sudah Temui Cinta Baru

Meskipun rumah tangga yang dibinanya dahulu pernah berdepan konflik dan berakhir dengan penceraian, pelakon Adam Shahz tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari cinta baru dalam mengisi kekosongan hatinya.

Meskipun bergelar duda anak satu, pelakon filem Juvana itu nampaknya kini sudah menemui cinta baru. Tidak berahsia, Adam mengaku kini sedang meniti fasa bahagia bersama seorang wanita berusia 36 tahun.

Advertisement

Menurut Adam, dia pernah mencuba mengenali beberapa orang wanita namun tidak menemui titik keserasian namun lain bagi wanita ini. Meskipun bukan dari golongan artis, dia selesa dan serasi bersama kekasih hati.

Malah, Adam juga dilihat sudah ‘berani’ berkongsi video mesra bersama teman wanitanya itu di Instagram, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

“Saya tak pernah meletakkan sebarang syarat memilih siapa pasangan hidup. Apa yang menjadi keutamaan adalah keserasian dan kekasih tahu menghargai diri saya. Saya dan kekasih dan kenal antara satu sama lain sejak setahun lalu kerana kami berkawan dalam kelompok yang sama. Hubungan mulai akrab selepas sering meninggalkan komen dalam media sosial.”

Advertisement

Tambahnya lagi, kekasih juga mengetahui mengenai status sebagai bapa tunggal dan tidak mempunyai masalah menerima dirinya serta anak, Ivy Herra Sophia.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

View this post on Instagram

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

Adam turut mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan jika ada jodoh. Namun, mereka ingin menumpukan perhatian untuk mencari rezeki terlebih dahulu dan tidak terburu-buru untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Insya-Allah, kami merancang disatukan pada tahun depan, jika ada jodoh. Setakat ini, tiada perancangan berkahwin tahun ini kerana rasa terlalu cepat. Saya mahu mengumpul duit terlebih dahulu,” – Adam Shahz

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top