Bakal Bernikah Malam Ini, Ain Edruce Buat Majlis Mandi Bunga Terlebih Dahulu!

Hiburan

Bakal Bernikah Malam Ini, Ain Edruce Buat Majlis Mandi Bunga Terlebih Dahulu!

Rasanya ramai sudah mengetahui bahawa model merangkap pelakon tinggi lampai iaitu Ain Edruce bakal menamatkan zaman bujangnya pada malam ini.

Kalau anda nak tahu, Ain berjaya berkenalan dengan cinta hatinya menerusi laman Instagram. Lelaki bertuah tersebut ialah seorang ahli perniagaan yang diberi nama Amirul Hafiz.

Advertisement

ain edruce bertunang

Sementara menunggu momen bahagia yang bakal menjelang malam ini, wanita berusia 27 tahun itu telah mengadakan majlis mandi bunga dan upacara berinai pada malam kelmarin.

ain edruce mandi bunga

ain edruce

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Instagramnya itu, dapat dilihat Ain sangat gembira semasa majlis itu berjalan. Kelihatan bahawa ahli keluarganya juga bersama memeriahkan lagi upacara tersebut.

ain edruce mandi bunga

ain edruce

ain edruce

Menurut Ain atau pun Nurulain Edruce, tarikh 13 Disember sebagai hari pernikahan telah dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga.

Mengikut persetujuan kedua-dua pihak juga, majlis persandingan di sebelah keluarga saya akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian.

Rata-rata peminat yang melihat majlis mandi bunga yang diadakan oleh Ain dan keluarganya ini cemburu kerana ia sangatlah meriah. Siap ada yang nak join sekali!

Mungkin ada yang akan buat majlis mandi bunga sebelum berkahwin kerana penangan Ain Edruce selepas ini?

Sumber: Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...