Bakal Berlakon Filem Arahan Mawi, Zarina Anjoulie Kembali Ke Dunia Lakonan

Hiburan

Bakal Berlakon Filem Arahan Mawi, Zarina Anjoulie Kembali Ke Dunia Lakonan

Jika sebelum ini filem pertama arahan Mawi berjudul Tiada Tajuk kurang mendapat sambutan penonton, namun ianya tidak mematahkan semangat penyanyi itu untuk terus berkarya dalam menghasilkan naskah terbaru.

Difahamkan, Mawi bakal tampil dengan filem kedua bertajuk Hantu Kuat Ketawa yang mengetengahkan genre komedi dan turut menampilkan lagenda lawak Malaysia iaitu Saiful Apek dan juga Syanie Hisham dalam projek terbarunya itu.

Advertisement

Mengakui rindu melihat gandingan dua pelakon dan juga pelawak itu, Mawi turut mendedahkan bahawa akan ada seorang pelakon wanita yang bakal membintangi filem tersebut namun namanya masih belum didedahkan.

Terbaru, Mawi telah memuat naik gambar bersama pelakon yang khabarnya bakal muncul dalam naskah tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

“Semalam meeting dengan Anju untuk projek movie Hantu Kuat Ketawa. Senang betul kerja dengan Anju dan husband dia. Simple je. Cerita tak payah panjang-panjang. Dia terus on! Makin tak sabar nak masuk set. Dapat rasa aura dia bila bergabung dengan Saiful Apek, Syanie, Along Cham, dan Anas Tahir. Mesti best!”

Mengesahkan bahawa Zarina Anjoulie bakal bersama-sama pelakon lain dalam Hantu Kuat Ketawa, Mawi juga katanya bakal muncul sebagai cameo dalam filem tersebut.

Sekadar info, Zarina Anjoulie yang menyepikan diri dalam dunia lakonan selama hampir enam tahun sebelum ini bakal membuat kemunculan semula jika dia bersetuju untuk tampil dalam filem arahan Mawi itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...