Bakal Berkahwin Malam Ini, Amira Othman Beri Ucapan Hari Lahir Buat Fattah Amin – “Hanya Yang Baik-Baik Untuk Insan Sebaik Awak

Hiburan

Bakal Berkahwin Malam Ini, Amira Othman Beri Ucapan Hari Lahir Buat Fattah Amin – “Hanya Yang Baik-Baik Untuk Insan Sebaik Awak

Menjelang detik pernikahan mereka, penyanyi Amira Othman sempat menitipkan ucapan penuh makna buat tunangnya, pelakon Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-35.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, mendoakan agar Fattah sentiasa dilimpahi rezeki, kesihatan, kebahagiaan serta kasih sayang sepanjang hidupnya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

Tulisnya di Instagram,

Selamat hari lahir Fattah Amin. Semoga Allah kurniakan rahmat, kasih sayang, rezeki, kebahagiaan, iman dan kesihatan buat awak. Semoga hanya yang baik-baik untuk insan sebaik awak. Selamat menyambut ulang tahun ke-35.

Ucapan tersebut menerima respon daripada Fattah yang meluahkan rasa terharu di ruangan komen. “Alhamdulillah, terima kasih. Semoga Allah makbulkan semua doa daripada orang baik macam awak. Menjadi kejutan awak,” balasnya.

Pada 8 September lalu, Fattah mengumumkan dia dan Amira bakal disatukan pada 14 September ini. Majlis ijab kabul pasangan itu akan disiarkan secara langsung di Unifi TV pada jam 8 malam.

2025-09-13 18:18:10

Adik Amira Othman Sifatkan Fattah Amin Sebagai 'Superman Malaysia' - "Semuanya Green Flag"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...