Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bakal Berkahwin Dengan Jejaka Muda, Elly Mazlein Mahu Majlis Kahwin Meriah

Beberapa tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kini akui dia dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya.

Advertisement

Elly mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman janda dengan jejaka muda berusia 28 tahun pada tahun hadapan dan cukup teruja untuk menunggu hari tersebut.

Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan paling istimewa. Saya tidak sabar menunggu hari paling bermakna kami yang dijangka berlangsung pada 2020.

Kali ini, Elly memberitahu dia mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah. Elly menganggap perkahwinan yang bakal berlangsung itu adalah yang ‘pertama’ buat dirinya.

Ketika perkahwinan terdahulu ada banyak perkara yang tidak dapat saya realisasikan kerana arwah mama baru sahaja meninggal ketika itu. Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Nasihat

    June 26, 2019 at 7:39 pm

    Nak buat besar, jangan kedekut. Jangan harap sponser…..
    Guna duit sendiri, baru betul2x puas…… Jangan budget2x, order betul2x ikut jemputan , jgn jemput orang Sana sini merata, order 70% je…. Alasan order byk Mana pun mmg x akan cukup…..

    Nak bagi orang makan kena ikhlas…..

  2. faraj

    June 26, 2019 at 3:41 pm

    Jejaka Muda @ Jejaka Malang.??? (Mcm laki Che Ta)..jadi Kuli angkat Beg laki dia…!! hmmmmm

  3. mama bawang

    June 26, 2019 at 3:32 pm

    hidung fake sgt

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top