(TAHNIAH) Bakal Beri Penjelasan Nanti, Caprice Sah Kahwini Wanita Pilihan

Hiburan

(TAHNIAH) Bakal Beri Penjelasan Nanti, Caprice Sah Kahwini Wanita Pilihan

Dalam diam, rupanya Caprice sudah pun menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita misteri pada hari ini. Perkara ini diketahui selepas seorang rakan dan juga Azira Shafinaz berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram mereka.

caprice kahwin
3 years ago

Foto Tular, Caprice Sudah Sah Berkahwin Dengan Gadis Pilihan?

Advertisement

Sekejap sahaja rahsia tersimpan, pasangan penyanyi rap itu didedahkan sebagai Fara Inalis Hussni atau Elis yang berusia 26 tahun.

Merupakan seorang usahawan yang popular di Instagram, wanita itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan namun menetap di Kuala Lumpur kini.

Dia juga didedahkan merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak perempuan berusia sekitar 7 tahun.

fara inalis

Meskipun memilih untuk mendiamkan diri pada awalnya, namun Caprice akhirnya membuka mulut dan memuat naik video pernikahannya bersama Elis di Instagram sebentar tadi.

Menurutnya, dia akan berkongsi segalanya apabila ada waktu yang sesuai nanti. Untuk pengetahuan, penyanyi rap itu sudah 40 hari mendiamkan diri dari media sosial kerana alasan yang tidak dapat dipastikan.

Dalam pada itu, pengurus Caprice, Aiman mengakui bahawa dia ada menerima perkhabaran tersebut pada tiga hari lalu.

Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir.

Malah lelaki itu yang berada di Langkawi kini mendedahkan bahawa dia mendapat gambar tersebut daripada Azira sebelum memuat naik di laman Instagram miliknya.

caprice kahwin

Menurut Kosmo!, Aiman yang pernah bertentang mata dengan Elis, berkongsi bahawa wanita itu mampu menjadi isteri yang baik selain boleh menjaga Caprice dengan sempurna.

Soal pernikahan mereka, biarlah Caprice sendiri jawab. Setahu saya mereka tidak bertunang, mungkin hantar tanda dalam majlis merisik sebelum ini.

Katanya, pasangan berkenaan dikatakan baru setahun berkenalan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sepadan kan kedua mereka?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...