March 28th, 2016

Meskipun belum mengumumkan lagi tarikh perkahwinannya bersama Bella Dally, Nazim mengakui beliau ada rasa sedikit gementar untuk menjadi suami apabila memikirkan tanggungjawab yang bukan mudah untuk dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, Nazim berazam untuk menjadi seorang suami terbaik buat Bella.

Untuk dikatakan saya sudah bersedia sepenuhnya, tidak juga. Tetapi apabila sudah empat tahun mengenali hati Bella, saya dapat merasai dia insan yang terbaik untuk saya. Keputusan untuk berkahwin bermakna saya sudah bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan.

Saya berusaha untuk menjadi suami yang terbaik dan bertanggungjawab. Tugas sebagai suami bukannya mudah kerana menjadi ketua dalam rumah tangga, memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Pada masa yang sama, Nazim berharap peminat akan bersabar kerana satu hari nanti beliau akan memberitahu tarikh sebenar pernikahan beliau. Nazim dan Bella masing-masing  sebenarnya mahukan majlis yang ringkas sahaja tetapi atas permintaan keluarga mereka akur untuk  mengadakan majlis perkahwinan yang lebih meriah sedikit.

Perkahwinan adalah perkara yang besar, tidak mungkin kami akan rahsiakan daripada pengetahuan media dan peminat. Apabila sampai masanya nanti, kami akan mengumumkannya. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, ia tidak lagi menjadi rahsia kepada semua.

Setiap orang akan merasa gementar apabila bakal menempuhi alam perkahwinan, apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Nazim Othman dan Bella Dally. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar, tidak sabar rasanya hendak melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian


Comments are closed.

Loading...