Pelakon dan model sensasi Haneesya Hanee mendedahkan dirinya sanggup mengeluarkan separuh dari gajinya untuk membeli wardrobe untuk dramanya.
Baju disediakan tidak menepati cita rasa
Menurut aktres ini, hal itu merupakan hajat ibunya yang ingin melihatnya membawa karakternya dalam drama itu sebaik mungkin. Haneesya juga mengakui ia juga dapat memberi kepuasan pada diri sendiri.
Separuh gaji saya memang untuk beli baju shooting sebab mommy (ibu) mahu begitu sampai saya pernah meminta jangan membazir duit ke baju tetapi dia mahu karakter yang lebih hidup.
Sebenarnya ini untuk kepuasan diri sendiri juga sebab adakalanya baju yang disediakan tidak kena dengan cita rasa, karakter atau visi yang kita bayangkan. Daripada mood saya tidak baik mengenai baju yang tak sesuai, baiklah saya terus bawa baju sendiri dan fokus kepada skrip
View this post on Instagram
Sering diperli
Dalam pada itu, Haneesya turut mendedahkan dirinya pernah diperli oleh team wardrobe kerana membawa pakaian sendiri ke set penggambaran.
Ada orang wardrobe yang mengata cakap, sampai beli baju tetapi saya diam sahaja dan bukan jenis respon sebab yang dengar perkara tersebut mommy saya.
Saya pun tidak pernah show off tetapi memang duit kebanyakannya habis ke drama.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.