Setelah memuat naik video lagu rayanya di Instagram, nama usahawan sensasi iaitu Datuk Aliff Syukri telah menjadi perhatian netizen.
Kebanyakkan netizen meninggalkan reaksi kurang senang apabila melihat MV lagu raya tersebut kerana penampilan Aliff dianggap tidak menghormati bulan Ramadan.
Tidak mendiamkan diri dari dikecam, usahawan tersebut tampil pertahankan konsep lagu rayanya dan merasakan tiada isu yang perlu dibangkitkan oleh netizen kerana dia tidak mendedahkan aurat.
View this post on Instagram
Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah. Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun.
Tambahannya lagi, dia tidak kisah dengan kecaman yang diterima kerana tahu dirinya tidak bersalah dalam hal ini.
Dalam pada itu, Aliff turut meminta orang ramai untuk menerimanya sebagai seorang selebriti dan mahu netizen memberi peluang kepadanya untuk berkecimpung dalam bidang nyanyian.
Sekadar info, pada tahun ini, usahawan sensasi tersebut tampil dengan lagu raya baharu yang berjudul, Cak Kun Cak Raya.