Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Baju Tidak Sesuai Ketika Melawat Orang Sakit, Che Ta Dituduh Sebar Kuman

Selebriti popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah salah satu ikon fesyen di Malaysia. Tidak kira dimana sahaja, penampilan beliau sentiasa anggun dan ‘up to date’.

Advertisement

Baru-baru ini, Che Ta ada memuat naik foto ketika beliau melawat pesakit di hospital. Ramai juga yang puji, pakaian beliau ibarat macam hendak pergi ke kenduri kahwin kerana tampak begitu eksklusif.

Namun, ada doktor yang mengatakan fesyen itu terlalu berlebihan dan bagaimana pula pihak hospital boleh membenarkan Che Ta duduk bergambar dengan pesakit sedangkan pakaiannya mempunyai bulu dan boleh menyebarkan kuman.

Tidak puas hati dengan tuduhan tersebut, Che Ta tampil berikan penjelasan.

Advertisement

Doktor itu menuduh saya memakai baju jubah yang mempunyai bulu dan kononnya boleh menyebarkan kuman kepada pesakit selepas saya memuat naik gambar ketika melawat Hospital Sungai Buloh baru-baru ini. Saya tidak kisah ditegur, tetapi janganlah semberono sahaja. Saya memakai jubah bermanik, bukan berbulu. Jangan cepat sangat membuat tuduhan jika tidak tahu perkara sebenarnya.

Saya tahu adab melawat orang sakit. Tidak mungkin saya sesuka hati mahu duduk di atas katil orang jika tiada kebenaran daripada mereka sendiri.

Che Ta meminta doktor tersebut agar menyelidik dahulu perkara sebenar sebelum membuat tuduhan melulu.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. abc

    May 21, 2019 at 3:27 pm

    Nama aje artis tapi tak tau pakai ikut occasion..pergi stadium football pakai baju tak sesuai kena kecam, pergi hospital pun sama.. I wonder if she has a stylist..pakai selalu tak kena tempat, terover-over..she shud be more modest and simple in her dressing so the patients in de hospital didn’t feel so left out… Ada pakaian normal like jeans or jus plain white T-shirt?? Or even a simple baju kurung?

  2. someone

    May 21, 2019 at 10:38 am

    Tahun ni Che Ta nak buat berapa pasang baju raya ek? hahahahaa..

  3. cha cha Ro Cha Cha

    May 21, 2019 at 9:25 am

    keluarga di raja Britain pun reti berseluar jeans dan pakai mengikut kesesuaian.. kalau si nenek tua… pakaian tak tak nak kalah.. pergi spital pakairambu ramba,
    pergi hari jadi pakai spek mata besar…kalua dah ulu tu, tetap kan ulu

  4. Anonymous

    May 21, 2019 at 9:09 am

    apesal die amek gmbr mcm tu macam awkward giler kot, ingat gambar untuk cover majalah urtv ke media hiburan ke hmm.. biasa org amek pic kat hospital si pelawat akan mengadap pesakit secara berdiri n tangan kat bahu die ke or menunduk sikit bukan membelakangi pesakit ntah apa2 je..

  5. tweety2805

    May 21, 2019 at 8:42 am

    xleh lahhh kerr ko ni bersifat tawadduk skett cik ta weyyy…
    yg sound ko ni doc mmg expertise dia bab tuhhh!!
    just say sorry & will alert next time…
    easy as that!!!
    phewwww….kusuttttt tol huhuuuu

Loading...
To Top