Baju Terselak Ketika Sedang Lincah Menari Bersama Suami, Wawa Zainal Nafi Nampak Perut

Hiburan

Baju Terselak Ketika Sedang Lincah Menari Bersama Suami, Wawa Zainal Nafi Nampak Perut

Sering berkongsi perjalanan manis bersama serta bibit romantis bersama suaminya pelakon Aeril Zafrel, aktres serta usahawan kosmetik tersohor tanah air, Wawa Zainal kini tampil berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan dirinya dan suaminya sedang menari.

Baju wawa zainal terselak ketika menari

Advertisement

Perkongsian di laman Instagram itu menyaksikan Wawa dan Aeril seakan lincah mempersembahkan latihan tarian tango kepada umum.

Baju wawa zainal terselak ketika menariBaju wawa zainal terselak ketika menari

“Fuhhhh ingat selama ni menari kacang je sekali kena tango… hambik!! Susah rupanya tapi boleh la kan.”

Namun begitu, wujud juga segelintir pihak yang dilihat tidak teragak-agak menegur baju dipakai Wawa seolah terselak ketika ibu kepada tiga cahaya mata itu sedang asyik menari.

Baju wawa zainal terselak ketika menari

Bagaimanapun, Wawa yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tampil memaklumkan kepada umum bahawa bahagian yang terdedah itu tidak menampakkan perutnya kerana beliau memakai ‘inner’ atau pakaian dalam.

Baju wawa zainal terselak ketika menari

“Tak tak tu bukan nampak perut.. Wawa sejenis yang tak boleh kalau tak pakai inner dalam.. tak selesa.. inner wajib pakai setiap hari.”

Untuk rekod, video berdurasi 19 saat itu sehingga kini dilihat tidak putus-putus dilimpahi komen positif pengikutnya, malah mereka juga tidak terlepas menzahirkan rasa kagum melihat kehebatan Wawa sangat lincah menari sambil menyarung kasut tumit tinggi.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...