Nama BoboiBoy tak perlu diperkenalkan lagi kepada kanak-kanak seluruh Malaysia. BoboiBoy memang cukup popular dan menjadi pujaan jutaan kanak-kanak. Setakat hari ini, tak pernah lagi Abang Nara jumpa budak-budak yang tak kenal BoboiBoy. Kefemesan BoboiBoy jelas terbukti seantero Malaysia.
Selaku seorang ayah, Abang Nara begitu excited apabila mengetahui kewujudan baju sekolah BoboiBoy oleh Sarah Hughes @ Globe. Fuh, Abang Nara dah boleh bayangkan betapa excitednya Aariz apabila menggayakan baju sekolah BoboiBoy. Mesti dia akan perasan lebih hensem, lebih gagah dan lebih macho.
Abang Nara terlepas peluang untuk menyaksikan kehadiran BoboiBoy di Sarah Hughes @ Globe di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 10 dan 11 Disember yang lalu. Namun Abang Nara sempat ushar kemeriahan aktiviti yang telah berjalan menerusi Facebook Sarah Hughes @ Globe. Amboi, seronok betul kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir. Mana tidaknya, BoboiBoy dan kawan-kawannya telah hadir untuk menggempakkan lagi suasana. Memang best!!!
Oh meh kita cerita sikit tentang Sarah Hughes @ Globe ini. Mereka sedang mengadakan promosi yang tersangat awesome di hujung tahun ini. Ketika bershopping di Sarah Hughes @ Globe, anda hanya perlu belanja RM100 ke atas untuk melayakkan diri mendapat diskaun sebanyak 50% untuk barangan terpilih seperti baju melayu & baju kurung jenama Su Hua, jubah NORA, baju kanak-kanak Apple Bottom dan banyak lagi. Tambahan pula, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM20 jika anda LIKE Facebook Sarah Hughes @ Globe dan kemudian share status ini. Anda kena pantas kerana promosi awesome ini akan berakhir pada 1 Januari 2017. Jadi kenalah bersegera ke Sarah Hughes @ Globe, terutamanya jika anda sedang mencari baju sekolah anak-anak, kain langsir, perhiasan rumah dan macam-macam lagi.
Untuk makluman, baju sekolah BoboiBoy hanya boleh didapati di Sarah Hughes @ Globe. Tak ada jual di tempat lain dah. Inilah peluang anda untuk menggembirakan hati anak-anak tercinta. Selain baju sekolah, ada lagi baju-baju BoboiBoy yang lain untuk anak-anak. Nak tahu kenalah pergi sendiri ke Sarah Hughes @ Globe di Jalan TAR. Confirm tak menyesal punya.
Dan pada hari Sabtu ini (17 Disember), Abang Nara akan turun ke Sarah Hughes @ Globe pada jam 2.30 petang untuk merasai sendiri kemeriahan membeli-belah di sana. Jom ramai-ramai kita jumpa. Turut sama akan hadir ialah selebriti online, Chazy Nash. Maklumat lanjut boleh layari Facebook Sarah Hughes @ Globe. Jangan lupa LIKE sebab segala update tentang promosi, diskaun dan tawaran istimewa akan diwar-warkan di situ. Selamat membeli untuk anak-anak anda!!
PS : Hanya di Sarah Hughes @ Globe Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan pakaian eksklusif Boboiboy. Jangan terlepas pula ya. Nanti rugi, menangis tak berlagu.