“Baju Saya Pakai Adalah ‘Uniform’ Kerja Saya” – Nad Zainal

Hiburan

“Baju Saya Pakai Adalah ‘Uniform’ Kerja Saya” – Nad Zainal

Baru-baru ini, pelakon, Nad Zainal dikecam netizen apabila berpenampilan terlalu seksi serta mencolok mata hingga menampakkan bahagian pangkal payu daranya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia lebih rela menjadi diri sendiri daripada memikirkan pendapat orang.

Advertisement

Menurut Nad, 31, sudah terang lagi bersuluh, penampilan dirinya sentiasa terikat dengan tuntutan kerja seni.

Saya memang jenis malas ambil pusing. Baju yang saya pakai di tempat kerja adalah uniform kerja saya. Saya hanya jadi diri sendiri kalau itu yang orang luar runsingkan.

Jelas pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, seksi atau tidak, perkara itu merupakan sesuatu yang bersifat subjektif.

Terpulang mata mereka yang melihat. Kalau orang suruh saya taubat sebelum terlambat apa semua, terima kasih untuk ingatan itu semua.

Dalam pada itu, Nad berkata dia tidak mengambil kira soal seksi atau tidak tetapi berjanji untuk berikan yang terbaik dalam setiap kerja atau watak diberi.

nad zainal
2 years ago

"Kasihan Laki Kau Kak" - Netizen Dakwa Nad Zainal 'Tak Cukup Kain'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...