Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman, sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil anggun mengenakan busana eksklusif rekaan pereka fesyen terkenal, Fiziwoo, sempena majlis resepsi mereka yang berlangsung di Johor Bahru pada Sabtu.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pihak Fiziwoo berkongsi kisah di sebalik rekaan indah yang digayakan pasangan berkenaan, yang direka khas bagi menyerlahkan elemen tradisional masyarakat Johor.
Fattah dan Amira tampil anggun dalam busana Bangsa Johor rekaan khas Fiziwoo yang menggabungkan keindahan tradisi Johor dengan sentuhan moden yang penuh jiwa.
Setiap helaian benang tulang belut dan sulaman ayak dijahit dengan doa, manakala setiap perincian mencerminkan kasih dan kehalusan seni Rumah Fashion Fiziwoo,” tulis Fiziwoo.
Majlis resepsi berkenaan berlangsung meriah dan penuh adat, menyusuli majlis resepsi pertama pasangan mempelai itu yang telah diadakan di pihak pengantin perempuan sebelum ini.
Penampilan mereka yang elegan dalam busana berunsur tradisi moden itu turut menerima pujian ramai, dengan rata-rata netizen memuji keanggunan pasangan tersebut dan kehalusan rekaan Fiziwoo yang penuh simbolik serta nilai budaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.