Setiap kali tibanya Syawal, pasti koleksi pakaian Rozita Che Wan dan keluarga akan menjadi perhatian ramai. Tahun lepas Che Ta melaram dengan 104 pasang baju raya. Agak-agaknya tahun ini berapa pula ya?
Khabarnya, Che Ta bukan sahaja sudah menyiapkan pakaian hari raya, tetapi segala kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri meskipun bulan Ramadhan baru sahaja menjelma. Cukup untuk dipakai untuk sebulan dan yang paling penting, bukanlah baju “recycle” tahun lalu.
Berapa pasang baju raya tahun ini biarlah rahsia. Apa yang pasti cukup untuk raya sebulan dan tidak pakai baju ‘ulang tayang’.
Tentu sekali setiap gaya Che Ta haruslah tampak eksklusif dan tahun ini baju raya beliau dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan Syafique Aiman.
Untung Che Ta kerana sudah siapkan segalanya lebih awal dan tak perlu pening kepala bila tiba hari raya. Tak sabar pula hendak lihat baju raya beliau sekeluarga tahun ini, pasti cantik bukan?