Aidilftri ialah hari kemenangan umat Islam, disambut setelah cukup berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadan. Disebabkan ia dianggap upacara keagamaan, maka ramai pihak cuba mematuhi etika berpakaian sebagai muslim atau muslimah yang sepatutnya pada hari tersebut.
Justeru, satu jenama yang mengiklan baju raya dari jenis kurung moden dikecam Netizen kerana lekapannya yang ketat dan menonjolkan bentuk tubuh wanita.
Baju kurung tersebut dikeluarkan sebagai Koleksi Raya dari Helaian by the Hanifiah di kedai Instagram @helaianbyth
Khabarnya, baju kurung moden ini dikeluarkan oleh dua orang adik-beradik yang juga memperagakan baju kurung tersebut di gambar promosinya.
Pengeluar koleksi ini mungkin ingin mencipta kelainan namun koleksi ini bagaimanapun dikecam netizen kerana dianggap menjolok mata. Netizen meninggalkan beribu komen, majoritinya negatif mengenai baju raya tersebut.
Sumber: Rizal Hakimm