Siapa sangka Syawal yang disambut beberapa hari lalu merupakan Hari Raya Aidilfitri terakhir untuk tiga remaja ini. Baju melayu ungu menjadi kenangan terakhir buat bapa ini apabila kehilangan tiga anak lelakinya dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong.
Ketiga-tiga anaknya iaitu Umar Iskandar Mohd, 21 tahun, Khairil Firdaus, 17 tahun, dan Khalif Naim, 16 tahun berkunjung ke sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka kira-kira jam 6 petang semalam.
Mohd Ismail yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak menyangka akan kehilangan ketiga-tiga anaknya sekaligus selepas kematian isterinya 10 tahun lalu. Mayat Umar Iskandar berjaya ditemui pada jam 9.50 pagi tadi manakala mayat Khairil Firdaus ditemui pada jam 11.36 pagi.
Minta gambar bersama
Bapa itu memberitahu bahawa anaknya, Umar Iskandar ada meminta membelikan sepasang baju Melayu sempena Syawal kali ini. Anaknya itu juga ada meminta merakam gambar berpelukan mereka berempat di pagi raya.
“Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap pelik. Mereka juga minta saya peluk,” katanya lagi. Namun, dia tidak menganggap apa-apa yang pelik memandangkan hubungan akrab mereka anak beranak.
“Kemudian, saya masih ingat dia ada memandang saya ketika saya sedang bercakap dengan sepupunya. Apabila saya turun ke sungai ini, pandangan itulah yang saya nampak. Pandangan itu ada kelainan daripada biasa.”
UPDATE : Mayat kedua Khairil Firdaus Mohd, 17 ditemui jam 11.36 pagi tadi, kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.
Operasi mencari mangsa ketiga Khalif Naim(kiri sekali) 16 masih diteruskan pic.twitter.com/XGvmQtifWF
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 28, 2020
Dia hanya menyedari insiden lemas yang menimpa anak-anaknya itu kira-kira pukul 7 malam semalam selepas penduduk kampung memintanya pergi ke sungai melihat barangan milik anaknya itu. Buat masa ini, usaha mencari masih lagi diteruskan untuk mangsa terakhir iaitu Khalif Naim yang masih belum ditemui.
Sama-sama kita doakan usaha pencarian dipermudahkan untuk mangsa yang terakhir. Semoga bapa ini diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang menimpa keluarganya ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.