Baju Melayu Putih Pakaian Terakhir Dibeli Oleh Zulfarhan Osman

Trending

Baju Melayu Putih Pakaian Terakhir Dibeli Oleh Zulfarhan Osman

Aidilfitri buat keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesemua ahli keluarganya merasa kehilangan dan merindui anak sulung dari empat adik-beradik itu.

KetupatPaanANMalaysia Hari Ini yang disiarkan di TV3 meninjau sambutan Aidilfitri keluarga Zulfarhan pada tahun ini, setelah pemuda yang merupakan seorang penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia dipercayai kerana didera sekumpulan pelajar lain kerana disyaki mencuri komputer riba.

Advertisement

Menurut Hawa Osman, 54, ibu Zulfarhan:

Arwah dari kecil memang tidak menyusahkan orang, sehingga kini pun dia tidak pernah menyusahkan orang, dia banyak membantu orang.

Dia seorang yang ceria. Jika dia sakit pun dia tetap juga mengatakan dia sihat.

Zulfarhan Osman lahir pada 29 Nov 1996 di Hospital  Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Dua minggu sebelum kematiannya, ayah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 54, merasa rindu terhadapnya.

paan2

9.45 malam (30 Mei) saya ada di rumah dengan anak-anak. Keadaan biasa sajalah, cuma dua minggu sebelum kejadian itu saya rasa rindu dengan dia.

Rindu yang amat sangat tapi dalam keadaan sedih. Itu perasaan saya, tapi saya tak uar-uarkan kepada emaknya. Saya hanya diam sahaja.

Sehinggalah sampai berita pada malam 30 Mei saya dapat panggilan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatakan beliau sudah tiada.

Pada 12.00 malam (1 Jun) saya ke Serdang kerana mereka mengatakan jenazah (Zulfarhan) ada di sana.

paan4Ibu Zulfarhan menambah:

Sampai sekarang pun saya selalu terbayang dia di tempat dia selalu berbaring. Dia banyak membantu buat kerja-kerja rumah.

Selalunya dia yang selalu beri semangat kepada adik-adiknya. Sekarang dia sudah tiada. Dia tak dapat penuhi cita-cita dia untuk jadi seorang jurutera elektrikal, seorang tentera laut, untuk beri saya segulung ijazah.

Sementara itu, rakan rapat Allahyarham, Nursyahiratasha Hamdan, 20,  memberitahu tiada siapa pernah berkata buruk mengenai peribadinya:

paan3

Saya berkawan dengan dia sejak Tingkatan Empat. Sepanjang berkenalan dengan arwah, dia memang baik orangnya. Dia memang seorang yang ringan tangan, selalu nak tolong orang.

Sepanjang berkenalan dengan dia, tak pernah lagi dengan orang mengadu dia ada buli orang , memang tiada. Orang hanya beri maklumbalas positif tentang dia.

Adik lelaki Zulfarhan, Zulhelmie Idros, 19, terasa kehilangan abangnya Aidilfitri ini:

Perjalanan balik beraya dari Shah Alam, biasanya kami berdua akan naik bas bersama. Tapi hari itu saya naik seorang dan lagu raya dipasang dalam bas.

Jadi saya rasa sedih. Saya rasa tahun ini paling sedih buat saya.

Biasa kami balik berdua, tahun ini seorang diri. Ia kehilangan besar.

Biasanya bila kami sampai, sementara tunggu ayah jemput, kawan-kawan arwah akan datang berbual dengan arwah.

Tahun ini sepupu-sepupu datang, tanya perasaan saya, perasaan saya memang sedih. Sambutan raya pun ala kadar saja.

Menurut ibu mereka, dengan permergian Zulfarhan, tugas membimbing adik-adik mereka kini tersandar di bahu Zulhelmie.

Zulfarhan inginkan baju raya warna kelabu untuk tahun ini dan baju melayu bersaiz M untuk Zulfarhan sudahpun dipersiapkan oleh keluarganya:

image

Pagi raya itu, baju arwah sudah dibeli tetapi kami satu keluarga tidak pakai baju raya.

Tema tahun ini warna kelabu, jadi saya pakai tahun-tahun lepas punya (baju raya) kerana saya takut saya bersedih.

Bapanya menambah:

Biasanya pada hari raya dia akan buat ketupat. Dia akan isi beras dalam (kelongsong) ketupat dan rebus.

Di kala ini, hidup kami rasa macam kekurangan. Tahun ini kami guna ketupat segera saja. Kami beraya ala kadar untuk menghormati kematiannya.

Ini pula ialah gambar raya Zulfarhan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya pada tahun 2016 yang dimuat naik oleh sepupunya, Maria Rosinta Omar di Facebook.

paan6

Menurut Instagram Justice for Farhan, pakaian  baju melayu putih yang dipakai oleh Zulfarhan dalam gambar di bawah ialah pakaian terakhir yang dibeli olehnya, seolah-olah dia tahu bahawa dia akan pergi.

paan1

14 Ogos ini ialah tarikh sebutan semula kes pembunuhan Zulfarhan, melibatkan enam tertuduh yang didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaaan dan 109 Kanun Keseksaan.

Bersama kita doakan perjalanan Zulfarhan di alam sana dipermudahkan, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.-amazingnara.com

Sumber: Tonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...