“Baju Coklat Tu Kak Dedeng” – Edisi Siasat Dedah Wajah Pelajar-Pelajar Didakwa Kes Kematian Zara Qairina?

Berita

“Baju Coklat Tu Kak Dedeng” – Edisi Siasat Dedah Wajah Pelajar-Pelajar Didakwa Kes Kematian Zara Qairina?

Sedia maklum, kes kematian yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) iaitu Allahyarham Zara Qairina, 13, hingga ke hari ini menjadi topik utama bualan ramai, lagi-lagi pelaku masih belum diketahui.

Terbaru melalui platform Threads, seorang individu telah memaparkan foto yang dimuat naik oleh channel Telegram Edisi Siasat.

Advertisement

edisi siasat

 

Dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik, Edisi Siasat mendakwa wajah-wajah pelajar yang ada di dalam foto itu merupakan pelajar yang terlibat dalam kes kematian Zara.

Dalam pada masa yang sama, ada juga individu yang memuat naik foto seorang pelajar yang didakwa merupakan ‘Kak Dedeng’ yang sebelum ini disebut oleh arwah Zara ketika menghubungi ibunya.

kak dedeng

Susulan itu, netizen merasakan jika benar itu merupakan pelajar-pelajar yang yang didakwa terlibat dalam kes kematian Zara, mereka mendoakan agar keadilan berpihak kepada arwah dan pelaku terima balasan yang setimpal.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai perkara ini masih belum dapat dipastikan susulan tiada sebarang info lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kes ini.

Ibu dedah perbualan Zara Qairina pembuli
2025-08-02 12:41:03

Ibu Dedah Perbualan Berbaur Ugutan Diterima Zara Qairina - "Kalau Aku 'Touch-Touch' Kau Ni.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...