Sempena pembukaan sempadan dan kebenaran untuk melancong ke luar negara pastinya ia amat ditunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia yang ingin merehatkan minda daripada kesibukan bekerja dengan bercuti.
Dalam pada itu, antara perkara yang perlu diambil kira adalah seperti lokasi dan tempat menarik, bajet, tempat menginap dan sebagainya.
Seperti satu perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai Encik Fadhil ini, dia ada menyenaraikan itinerari bajet ke negara Turki dengan hanya bermodalkan RM3,600 seorang. Murah kan!
Dalam perkongsian itu, Fadhil telah bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke negara tersebut seperti berikut.
Kuala Lumpur > Doha > Istanbul > Bursa/Uludaq > Denizli/Pamukkale > Goreme/Cappadocia > Istanbul > Doha > Kuala Lumpur
Antara sorotan itinerari yang dikongsi adalah tiket penerbangan yang dibeli bernilai RM1312.82 (return) dan memperoleh potongan harga sebanyak RM580 apabila membeli melalui apps AirAsia.
Antara tumpuan sepanjang percutian Fadhil adalah dia dapat menaiki belon udara panas dan mengunjungi kawasan-kawasan bersejarah di sana seperti hagia Sophia, Masjid Biru dan perlbagai lokasi indah lain.
Anda yang ingin mencuba tu bolehlah rancang perjalanan anda mulai sekarang!