Bajet IPTA Dipotong, Pensyarah Bertindak Cari Dana Luar

Trending

Bajet IPTA Dipotong, Pensyarah Bertindak Cari Dana Luar

Pemotongan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi punca ahli akademik mendapatkan dana kewangan dari luar negara, kata pensyarah Universiti Malaya (UM).

Advertisement

Pensyarah Jabatan Sosiobudaya UM Profesor Madya Dr Awang Azman Awang berkata perkara itu tidak sepatunya dijadikan isu, malah pensyarah perlu digalakkan mencari geran dari luar negara bagi tujuan akademik.

“Faktor pemotongan bajet IPTA antara punca ahli akademik mencari geran penyelidikan di luar negara.

“Ahli akademik juga digalakkan mencari geran luar sebagai ‘visibility’ ahli akademik dan untuk dilihat oleh pengiktirafan antarabangsa,” katanya, lapor FMT.

Azman berkata demikian ketika ketika diminta mengulas penafian Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang institusi itu ada kaitan dengan Dana Open Society (OSF) disokong jutawan dana terhad George Soros.

Profesor Datuk Mohamad Kadim Suardi sKadim berkata dana seperti didakwa itu mungkin diterima sebagai geran persendirian kepada pensyarah atau penyelidik.

“Sebarang dana diterima daripada OSF oleh sesiapa di universiti ini mungkin menerimanya menerusi saluran tidak rasmi. Pengurusan universiti tidak tahu mengenai perkara ini,” katanya.

Awang berkata, kejayaan ahli akademik mendapat geran dari luar negara dapat membantu meningkatkan merit Sasaran Kerja Tahunan (STK) bagi tujuan kenaikan pangkat di universiti.

“Dalam dunia akademik jika anda mendapat geran luar negara, anda akan diberikan banyak markah atau merit dalam STK atau penilaian kenaikan pangkat di universiti.

“Situasi dan keghairahan ini menyebabkan ahli akademik terlepas pandang atau berpendapat kajian mereka berdasarkan akademik yang objektif tanpa bias,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...