Bajet 2018: Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Eastern Dispersal Link Akan Dimansuhkan

Trending

Bajet 2018: Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Eastern Dispersal Link Akan Dimansuhkan

Kerajaan memutuskan bakal memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor bermula 1 Januari 2018.

Advertisement

Perkara terbabit diumumkan Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Beliau juga mengumumkan pengurangan kadar cukai individu antara 3 hingga 14 peratus yang bakal meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000.

Ia juga menyaksikan lebih 261,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.

Pembentangan Bajet 2018 itu dilihat bertujuan mengurangkan kos sara diri dan meningkatkan kualiti hidup.

Disifatkan ibu segala bajet, ia antara lain mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana ekonomi serta mempersiapsiaga rakyat dengan revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...