Bajet 2018: Tiada Kenaikkan Untuk BR1M, Pemberian Maksimum Kekal RM1,200

Trending

Bajet 2018: Tiada Kenaikkan Untuk BR1M, Pemberian Maksimum Kekal RM1,200

Selepas dinaikkan setiap tahun sejak 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiada bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan.

Advertisement

Dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata peruntukan untuk program wang tunai sekali beri itu kekal pada RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya. Kadar maksimum pemberian BR1M juga dikekalkan pada RM1,200.

“Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rakyat teramai menerimanya dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” kata Najib.

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012, dan merangkumi RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...