Baiki Peti Sejuk, Lelaki Selamba Tonton Video Pornografi Dalam Telefon Depan Seorang Gadis

Trending

Baiki Peti Sejuk, Lelaki Selamba Tonton Video Pornografi Dalam Telefon Depan Seorang Gadis

Seorang gadis berada dalam rumah kerana seorang lelaki sepatutnya membaiki peti sejuk rumahnya yang rosak. Bagaimanapun, ia menjadi satu pengalaman yang menimbulkan trauma. Ini kerana lelaki itu dengan selamba menonton video pornografi menggunakan telefon di hadapan gadis itu dan mengajaknya berbual lucah.

Kisah ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter:

Advertisement

“Dia tanya rakan serumah saya jika pernah lakukan seks.”

“Ada dalam rumah dua jam tapi tak baiki pun peti sejuk tu.”

“Mujur dia tidak lakukan apa-apa pada rakan serumah saya.”

Lebih membimbangkan, pengguna Twitter tersebut melaporkan kejadian itu kepada agen rumahnya, tetapi disuruh melupakan saja perkara tersebut.

Pengguna Twitter itu menambah, lelaki itu berbangsa cina.

Kisah ini mendapat reaksi bercampur baur Netizen. Ada yang meminta agar beliau membuat laporan polis, dan ada yang berkata lelaki itu berbuat demikian kerana ingin mengajak gadis yang menunggu dalam rumah semasa dia membaiki peti sejuk itu melakukan seks tetapi secara berkias.

Warganet juga menasihatkan untuk tidak membiarkan hanya seorang penyewa menunggu ketika ada lelaki memasuki rumah untuk membaiki sesuatu, kerana sepatutnya ada sekurang-kurangnya dua orang yang menunggu untuk keselamatan. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...