“Baik Sangat Atau Terlalu Bagi Muka” – Luahan ‘Pasrah’ Norreen Iman Jadi Perhatian

Trending

“Baik Sangat Atau Terlalu Bagi Muka” – Luahan ‘Pasrah’ Norreen Iman Jadi Perhatian

Pelakon dan pengacara terkenal, Norreen Iman mencuri perhatian netizen apabila memuat naik satu kenyataan ringkas tetapi penuh sindiran di Threads.

Dalam entri ringkas namun penuh makna, Norreen menulis, “Baik sangat atau terlalu bagi muka?” seolah menggambarkan kekecewaan terhadap sikap segelintir individu yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Advertisement

Meskipun ringkas, kenyataan itu membuka ruang kepada netizen untuk berkongsi pandangan dan pengalaman peribadi. Seorang pengguna membalas dengan luahan panjang, menyentuh tentang bagaimana kebaikan sering disalah erti hingga membuatkan seseorang dipergunakan,

The more we give, the more we lose… That’s how we are labelled ‘baik sangat’.

norreen iman dipijak

Norreen membalas komen tersebut dengan pengakuan ringkas tetapi penuh emosi,

Saya dah lalui benda ni seumur hidup.

Luahannya itu mengundang simpati dan sokongan ramai, yang memahami betapa sukar menjadi seorang yang sentiasa memberi tetapi akhirnya dipijak.

Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana individu atau isu secara spesifik, ramai merasakan Norreen sedang menyampaikan mesej yang lahir dari pengalaman dan luka peribadi yang mendalam.

Dalam pada itu, Norreen baru-baru ini memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut apabila ada yang bertanya mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.

norreen seluar pink
2025-07-26 11:14:39

"Balik Umrah Dah Tutup Aurat Full Kan?" - Pemakaian Kurang Sopan Ditegur Tapi Netizen 'Back Up' Norreen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...