Penyanyi baru yang juga merupakan anak penyanyi, Sharifah Zarina iaitu Athalia mengakui terkesan dengan komen negatif yang dilontarkan oleh warganet susulan persembahan dalam program realiti, Talk To My Manager.
Teruk diserang netizen, sampai suruh mati
Menurut Athalia, komen-komen yang dilemparkan memberi kesan kepada mentalnya sehinggakan dia diserang dengan masalah anxiety.
Saya dapat komen yang kata “dia cakap baik kau mati dalam jamban je”. Memang saya memilih untuk abaikan kata-kata jahat, tetapi komen itu muncul paling atas sekali.
Namun begitu, penyanyi tersebut memilih untuk tidak terlalu memikirkan mulut jahat netizen, sebaliknya mahu terus melakukan yang terbaik dalam program berkenaan.
View this post on Instagram
Apa pun saya percaya untuk berada dalam industri tidak senang, perlu kuat mental dan fizikal. Perlu hadap dengan komen negatif netizen.
“Anak saya jadi mangsa buli di media sosial..”
Dalam pada masa yang, ibunya menyifatkan segala komen yang dilemparkan oleh netizen terhadap Athalia merupakan satu bentuk buli siber.
Anak saya menjadi mangsa buli dalam media sosial, ada komen yang baik dan jahat. Yang baik diambil tapi komen yang jahat itu agak melampau. Saya juga tidak sangka komen yang tidak baik dikeluarkan seorang ibu yang sudah mempunyai anak dan keluarga.