“Baik Je Layan …” – Tak ‘Awkward’ Layan Peminat Nak Bergambar, Netizen Puji Sikap Mesra Neelofa

Hiburan

“Baik Je Layan …” – Tak ‘Awkward’ Layan Peminat Nak Bergambar, Netizen Puji Sikap Mesra Neelofa

Nama Neelofa bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tempatan dan semestinya apa yang dilakukan menjadi perhatian orang ramai.

Meskipun sangat dikenali, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, sering kali dipuji kerana keperibadiannya yang sangat merendah diri apabila bertemu peminat.

Advertisement

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara itu memuat naik satu video di laman TikTok miliknya pergi ke sebuah restoran ‘fast food’ terkenal bersama suami PU Riz.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila permintaan pekerja restoran itu untuk bergambar disambut baik oleh Neelofa dan suami.

Sikap ‘humble’ yang ditunjukkan oleh kedua pasangan selebriti itu mendapat pujian warganet  di mana rata-ratanya menyifatkan mereka sebagai mesra dan tidak sombong dengan peminat.

“Neelofa ni sebenarnya tak sombong pun..baik dan layan je peminat-peminat dia,” ujar seorang netizen.

“Baik je Neelofa layan peminat,” kata seorang lagi warganet.

Untuk info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Ismail pada tahun 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Bilal.

1 year ago

"Jangan Cium Bayi Orang Lain. Cium Anak Sendiri Boleh. Ok?" - Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...