Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bahu Kiri Syamsul Yusof Patah Ketika Lakonkan Babak Letupan

Gara-gara ingin mendapatkan hasil terbaik didalam lakonannya, bahu kiri Syamsul Yusof patah ketika beliau melakukan lompatan untuk babak letupan sewaktu menjalani penggambaran filem di Putrajaya pada hari Isnin lepas.

Advertisement

Selepas terjatuh, bahu saya rasa sakit dan kru membawa saya ke klinik berhampiran. Pada mulanya pihak klinik memberitahu saya hanya retak sedikit sahaja, tetapi pagi tadi bahu saya terlalu sakit dan saya pergi ke Pusat Perubatan Prince Court pula untuk buat pemeriksaan lanjut.

Doktor mengesahkan bahu kiri saya patah dan perlu berehat daripada membuat sebarang kerja berat, mereka mahu saya dirawat di hospital tapi saya berkeras mahu balik.

View this post on Instagram

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Advertisement

Sebagai seorang yang begitu dedikasi terhadap kerjanya, Syamsul memberitahu beliau tidak mahu cuti terlalu lama kerana enggan penggambaran terjejas.

Saya pun tidak tahu sampai boleh patah tulang kerana sebenarnya babak itu mudah sahaja, mungkin juga saya sudah tua dan tulang pun tidak kuat macam dulu. Bagaimanapun, saya tidak akan berehat panjang kerana tidak mahu menjejaskan penggambaran tersebut.

Teruk juga kecederaan yang dialami oleh Syamsul. Kerjaya memang penting apatah lagi jika ia melibatkan pihak lain tetapi mungkin lebih baik untuk beliau rehat secukupnya sehingga bahu benar-benar pulih. Kami mendoakan agar Syamsul cepat sembuh.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama